----------SUGENG RAWUH----------

Minggu, 02 Juni 2013

KISAH RASULLULAH "PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH"

Peristiwa-peristiwa Sejarah
Di dalam tempo ini, peristiwa-peristiwa sejarah telah terjadi :
1.         Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,Jibrilturun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari senin, 17 Ramadhan.Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperticahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira.Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya dan mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan .Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata:Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan:
goa hira
Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan.Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kalikedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Diaberkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak bisa membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan
aku seraya berkata :
اقرأ بسم ربك الذي خلق۝ خلق الإنسان من علق۝ اقرأ وربك الأكرم۝ الذي علم باالقلم۝ علم الإنسان مالم يعلم
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusiamelalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidakdiketahuinya. (Al-Alaq: 1-5)
Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkanKhadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijahsegera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, member pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetanggamu dan menolong mereka yang berhak."Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau biasa menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku,dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:
"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apayang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, yaitu Jibril)yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata:
"Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5).
Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak maju maupun mundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus tercegat berdiri, tidak ke depan maupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutus utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat)
2.            Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah istri Baginda, Khadijah r.a., kemudian sepupu Baginda, Ali r.a.. Ketika itu Ali masih kanak-kanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Kemudiannya Abu Bakar as-Siddiq r.a. Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Oleh itu, Khadijah merupakan orang yang pertama beriman dengan Baginda secara mutlak. Rasulullah s.a.w.
3.            Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang temponya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa susah hati dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan ingin menghumbankan diri daripada puncaknya. Baginda menyangka Allah telah membencinya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Selepas itu, wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansori, daripada Nabi s.a.w. : Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Maka Allah Ta'ala telah menurunkan :
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”. (Al-Muddathir: 1-5)
Setelah itu wahyu turun berterusan.
4.            Selepas itu, Rasulullah s.a w. mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang dipercayai (kerasionalan) akalnya selama tiga tahun cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam. Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 30 orang, Allah memerintahkan Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan dalam firman-Nya: 
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu." (Al-Hijr: 94)
5.            ukuran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah menyakiti orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti. Orang musyrik merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran mereka, membongkar kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka. Agama itu mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan, sedangkan Dia yang mengetahui hakikat pandangan mata. Dia juga Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui apa yang telah dan akan berlaku.
6.            Dalam tempo ini Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun  di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika itu telah memeluk Islam. Baginda membacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang diterimanya kepada mereka di samping mengajar mereka hukum-hukum dan syariat agama yang telah diturunkan ketika itu.
bukit sofa'
7.            Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amanat kepada kaum keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi peringatan tentang neraka. ukuran dakwah itu, Abu Lahab membentak Baginda: "Celaka kamu, apakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?"
8.            Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w., namun bapak saudara Baginda, Abu Tolib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy  beredar, Abu Tolib meminta Baginda untuk mundur dari dakwahnya. Baginda menyangka bapak saudaranya tidak lagi mau membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang masyhur:
"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehingga-lah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya".
9.            Selepas peristiwa tersebut, orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan para sahabat. Sehingga ada yang mati disiksa dan ada yang buta.
10.          Apabila Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh dengan aqidah mereka (sekalipun disiksa dan disakiti), mereka membuat keputusan untuk berunding dengan Rasul s.a.w.. Mereka menawarkan harta sebanyak mana yang Baginda mau, atau melantik Baginda sebagai raja mereka. Namun Baginda menolak semua tawaran itu.
ilustrasi hijrah ke habsyah
11.          Melihatkan kedengkian dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumi Habsyah. Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi siapapun yang tinggal di negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini." Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama sebanyak 12 orang lelaki dan 4 wanita. Namun, selepas menerima kabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam, mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.

12.          Selanjutnya, orang-orang musyrik bertindak memboikot Rasulullah s.a.w., Bani Hasyim dan Bani Muttolib. Orang musyrik tidak lagi berjual beli, bernikah dan bergaul dengan mereka. Orang musyrik juga tidak menerima sebarang perdamaian daripada mereka. Pemboikotan itu berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang bersamanya berhadapan dengan kesulitan yang parah dengan kesan pemboikotan tersebut. Ia berakhir pada hasil usaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.

Batman Begins Background3D Letter R