Peristiwa-peristiwa Sejarah
Di dalam tempo ini,
peristiwa-peristiwa sejarah telah terjadi :
1. Wahyu
diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,Jibrilturun
membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari senin, 17 Ramadhan.Imam
al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab
Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:Perkara
pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa
tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperticahaya subuh. Kemudian
ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda
berkhulwah di Gua Hira.Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam
sebelum pulang menemui keluarganya dan mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya.
Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan .Sehinggalah wahyu
kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira. Malaikat (Jibril)
datang menemui Baginda seraya berkata:Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu
membaca. Baginda menceritakan:
goa hira |
Maka dia memegang dan menutupi aku
sehingga aku merasa kepenatan.Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi:
Bacalah. Maka aku berkata:Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan
menutupi aku untuk kalikedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan
aku. Diaberkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak bisa membaca.
Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan
aku seraya berkata :
اقرأ بسم ربك الذي خلق خلق
الإنسان من علق اقرأ وربك الأكرم الذي علم باالقلم علم الإنسان مالم يعلم
Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk). Dia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusiamelalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia
apa yang tidakdiketahuinya.
(Al-Alaq: 1-5)
Setelah itu, Rasulullah s.a.w.
pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkanKhadijah binti Khuwailid
r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijahsegera
menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang
berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."Lantas Khadijah berkata:
"Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu
menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, member pendapatan kepada
yang tidak berharta, memuliakan tetanggamu dan menolong mereka yang berhak."Setelah
itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin
Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki
yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau biasa menulis dalam bahasa
Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang
dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah
berkata: "Wahai sepupuku,dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu."
Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:
"Wahai anak sahabatku, apa yang
kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apayang telah
dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, yaitu
Jibril)yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku
masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu
keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan
mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki
yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku
sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."Tidak lama
kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.Dalam
riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika
Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa sejenis bekas daripada
sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata:
"Bacalah(wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia
melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-Alaq: 1-5).
Baginda
berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada
tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu
tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu)
sehingga aku berada di tengah-tengah
bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah,
aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak kepalaku ke langit untuk
melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua
kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku
adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak maju maupun mundur. Aku
memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun apabila aku memandang ke
arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus tercegat berdiri,
tidak ke depan maupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutus utusan-utusannya
mencariku.... (hingga akhir riwayat)
2. Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk
Islam ialah istri Baginda, Khadijah r.a., kemudian sepupu Baginda, Ali r.a..
Ketika itu Ali masih kanak-kanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh
bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Kemudiannya Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah
al-Habsyi. Oleh itu, Khadijah merupakan orang yang pertama beriman dengan
Baginda secara mutlak. Rasulullah s.a.w.
3. Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku
perselisihan riwayat tentang temponya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan
paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan itulah yang sahih. Ketika
tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa susah hati dan amat
dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan ingin
menghumbankan diri daripada puncaknya. Baginda menyangka Allah telah membencinya
setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Selepas itu, wahyu kembali
turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab
Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansori, daripada Nabi s.a.w. : Ketika
aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit.
Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang
kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kursi di antara
langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata:
Selimutkan aku. Maka Allah Ta'ala telah menurunkan :
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka
hendaklah engkau jauhi”. (Al-Muddathir: 1-5)
Setelah itu wahyu turun
berterusan.
4. Selepas itu, Rasulullah s.a w. mula berdakwah kepada Islam
di kalangan orang yang dipercayai (kerasionalan) akalnya selama tiga tahun
cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita yang terkenal dengan
pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam. Setelah
bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 30 orang, Allah memerintahkan
Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan
dalam firman-Nya:
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang
diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan
dan tentangan kaum kafir musyrik itu." (Al-Hijr: 94)
5. ukuran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah menyakiti
orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut
disakiti. Orang musyrik merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran
mereka, membongkar kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru
kepada mereka. Agama itu mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat
dilihat oleh mata dan pandangan, sedangkan Dia yang mengetahui hakikat
pandangan mata. Dia juga Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui apa
yang telah dan akan berlaku.
6. Dalam tempo ini Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin
berhimpun di rumah al-Arqam bin Abi
al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika itu telah memeluk Islam. Baginda
membacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang diterimanya kepada mereka di samping
mengajar mereka hukum-hukum dan syariat agama yang telah diturunkan ketika itu.
bukit sofa' |
7. Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi
amanat kepada kaum keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit
Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada
Islam dan meninggalkan penyembahan berhala. Baginda memotivasi mereka kepada
syurga dan memberi peringatan tentang neraka. ukuran dakwah itu, Abu Lahab membentak
Baginda: "Celaka kamu, apakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?"
8. Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w., namun bapak
saudara Baginda, Abu Tolib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda
kepada mereka. Setelah Quraisy beredar,
Abu Tolib meminta Baginda untuk mundur dari dakwahnya. Baginda menyangka bapak
saudaranya tidak lagi mau membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang
masyhur:
"Demi Allah, wahai bapa
saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di
sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan
meninggalkannya, sehingga-lah Allah memenangkannya atau aku binasa
kerananya".
9. Selepas peristiwa tersebut, orang musyrik semakin hebat
menyakiti Rasul s.a.w. dan para sahabat. Sehingga ada yang mati disiksa dan ada
yang buta.
10. Apabila Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh
dengan aqidah mereka (sekalipun disiksa dan disakiti), mereka membuat keputusan
untuk berunding dengan Rasul s.a.w.. Mereka menawarkan harta sebanyak mana yang
Baginda mau, atau melantik Baginda sebagai raja mereka. Namun Baginda menolak
semua tawaran itu.
ilustrasi hijrah ke habsyah |
12. Selanjutnya, orang-orang musyrik bertindak memboikot
Rasulullah s.a.w., Bani Hasyim dan Bani Muttolib. Orang musyrik tidak lagi
berjual beli, bernikah dan bergaul dengan mereka. Orang musyrik juga tidak
menerima sebarang perdamaian daripada mereka. Pemboikotan itu berlanjutan
selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang bersamanya berhadapan
dengan kesulitan yang parah dengan kesan pemboikotan tersebut. Ia berakhir pada
hasil usaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar